Surah At-Takasur adalah surah ke-102 dalam al-Qur'an.

Surah At-Takasur adalah surah ke-102 dalam al-Qur'an. 

Surah ini terdiri atas 8 ayat dan termasuk golongan surah-surah Makkiyah, diturunkan sesudah surah Al-Kausar. 

Dinamai At-Takasur (bermegah-megahan) diambil dari perkataan At-Takasur yang terdapat pada ayat pertama surat ini.

Sedangkan mengenai makna dan isi kandungan Qs At Takatsur salah satunya adalah menjelaskan tentang keinginan manusia yang selalu ingin bermegah megahan dalam urusan duniawi

menjadikan manusia lupa akan hakikat dan tujuan kehidupan yang sebenarnya, manusia baru menyadarinya kesalahan

 mereka ketika ajal dan maut menjemputnya dan mereka akan ditanya di akhirat kelak soal nikmat yang mereka bangga banggakan itu.



Bacaan surat at-takasur arab latin terjemahan:

بِسْمِ اللَّـهِ الرَّحْمَـٰنِ الرَّحِيمِ

Bismillahirrahmanirrahim

"Dengan menyebut nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang"

أَلْهَاكُمُ التَّكَاثُرُ

alhaakumuttakaatsur

Bermegah-megahan telah melalaikan kamu .

حَتَّىٰ زُرْتُمُ الْمَقَابِرَ

hattaa zurtumu lmaqaabir.

sampai kamu masuk ke dalam kubur.

كَلَّا سَوْفَ تَعْلَمُونَ

kallaa sawfa ta’lamuun.

Janganlah begitu, kelak kamu akan mengetahui (akibat perbuatanmu itu),

ثُمَّ كَلَّا سَوْفَ تَعْلَمُونَ

tsumma kallaa sawfa ta’lamuun.

dan janganlah begitu, kelak kamu akan mengetahui.

كَلَّا لَوْ تَعْلَمُونَ عِلْمَ الْيَقِينِ

kallaa law ta’lamuuna ‘ilmalyaqiin.

Janganlah begitu, jika kamu mengetahui dengan pengetahuan yang yakin,

لَتَرَوُنَّ الْجَحِيمَ

latarawunna aljahiim.

niscaya kamu benar-benar akan melihat neraka Jahiim,

ثُمَّ لَتَرَوُنَّهَا عَيْنَ الْيَقِينِ

tsumma latarawunnahaa ‘aynalyaqiin.

dan sesungguhnya kamu benar-benar akan melihatnya dengan 'ainul yaqin ,

ثُمَّ لَتُسْأَلُنَّ يَوْمَئِذٍ عَنِ النَّعِيمِ

tsumma latus-alunna yawma-idzin ‘aninna’iim.

kemudian kamu pasti akan ditanyai pada hari itu tentang keni'matan (yang kamu megah-megahkan di dunia itu).



keistimewaan surat at-takasur:

Barang siapa membaca dalam satu malam Seribu ayat. kelak ia akan berjumpa dengan Allah, dan Dia {Allah} senyum gembira kepadanya. 

Sayidina Umar berkata, ”Wahai Rosulullah siapa yang kuat membacanya seribu ayat..?” Maka Rosulullah SAW. 

membaca surat ”Al-Haqumut takastur“, kemudian beliau bersabda, ”Sungguh demi jiwaku yang ada digenggamannya, sesungguhnya surat Al Haqumut takastur sama dengan membaca seribu ayat.

Sesiapa yang mengamalkan membaca surah At Takaatsur sebanyak 1,000 kali, maka Allah SWT akan memenuhi hajatnya termasuk rezeki dan kenaikan pangkat.

Siapa yang membaca At Takaatsur 100 kali, selepas solat Isyak hingga dia tertidur, InsyaAllah dia bakal dapat melihat Rasulullah SAW dalam tidurnya.

Surah ini dibaca sebanyak 7 kali ketika hujan turun, Allah akan limpahkan kepada si pembacanya dengan pahala yang amat besar.

Sebagai obat sakit kepala, bacalah surah ini selepas solat asar (sebelum maghrib). Pada waktu ini perbanyakkanlah membacanya. InsyaAllah segera sembuh.

Sesiapa melazimi membacanya, InsyaAllah dijadikan seorang yang kaya.

Jika dibaca pada air hujan, kemudian dicampurkan dengan air minuman, InsyaAllah boleh menjadi penawar yang mujarab. Sebaik-baiknya dibacakan sebanyak 100 kali atau lebih.

Demikian sedikit pembahasan mengenai pokok bacaan, terjemahan, arti dan keutamaan dari Surat ' At-Takasur
Semoga apa yang kami sampaikan bermanfaat. Wallahu A'lam

Post a Comment

Post a Comment (0)

Previous Post Next Post